Berperibahasa pula malam ni ya. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, apa khabar orang kampung? Lama sudah tak berjumpa. Minta-minta semuanya, didalam sihat sejahtera. Cukuplah sampai disini, lain kali cerita lagi. Wooooii, lek lu. Tak habis menaip lagi, hesh. Tak menyempat betulkan kome semua ni.
Jumaat nan indah, tapi tak seindah hati dan perasaan ku yang gundah gelana. Eceh ayat, dramatis sungguh. Belakangan ni kita cepat kusut, biasalah tu ek. Tekanan perasaan bila dah jadi remaja. Cuma tak sampai tahap gila lagi. Aiyo, moga dijauhkan daripada semua ni. Ameen Ya Rabb.
Tengah hari tadi, masa balik sekolah kita dah bikin hati seseorang keciwa. Padahal niat dihati tak nak pun lukakan hati dia, tapi mulut laser punya pasal. Kemain melaser hati dia yang cepat tersentuh tu. K kita jahat, sorrylah bro. Tu lah orang-orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh dah nak undur. Mana pakai gear reverse macam keretakan, sebab tu kena hati-hati dengan tiap apa yang kita cakap.
![]() |
ALLAH tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah:286]
Buat adikku,
Macam kita cakap lepas Maghrib tadi, tak semua perkara yang kita harapkan akan jadi kenyataan dan tak semua sesuatu yang kita sayang tu akan terus kekal jadi milik kita selamanya. Semua yang kita punya sekarang pinjaman dari ALLAH, dan kita kena jaga sebaik mungkin. Dan tak guna bersedih untuk sesuatu yang belum pasti. Pehhhhh, haha skemanyew. Kk sambung balik..
Adikku,
Hidup kita didunia ni tak tahu sampai bila. Entah esok atau lusa atau mungkin kejap lagi kita dijemput malaikat untuk menghadap ALLAH. Astaghfirullahalazim, terlalu banyak dosa kita sepanjang hidup kita didunia ni.
Adikku,
Lepas ni tolong jangan bersedih lagi. Anggaplah semua ni ujian dari ALLAH untuk mengajar kita erti sabar, tawakal, redha dan salah satu cara kita mentarbiyah diri kita. Teruskan istiqomah diri, insya-ALLAH akan ada penyelesaian akan tiap-tiap sesuatu masalah yang kita hadapi. Kuatkan semangat menempuh perjalanan hidup ni.
Kalau sekarang kita bersedih disebabkan sesuatu yang kecil, esok lusa dan masa-masa yang akan datang macam mana dik? Jangan lemah dan sentiasa tanamkan sikap positif dalam diri. Kita cuma mampu doakan yang terbaik untuk awak dik. Moga terus cekal dan tabah menghadapi ujian demi ujian.
